Sunday, November 28, 2010

The Reason Why The Penang Beach Carnival Was Postponed

THE PENANG BEACH CARNIVAL 2010
has been postponed to the
18th of December 2010 !!
(FYI its on a Saturday )

Do refer to this link for more info =]

CLICK HERE


and why was the carnival postponed you ask ?
take a look at this article
taken from the Penang State Sports Central website and you'll know why :


PENGUMUMAN TARIKH BARU BAGI PROGRAM “PERTANDINGAN MENEMBAK PIALA TYT 2010”, “PENANG BEACH CARNIVAL 2010” DAN “PENANG LINE DANCE CARNIVAL”

PULAU PINANG, 26 November – Adalah dimaklumkan bahawa tarikh baru bagi tiga program anjuran MMK Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti Pulau Pinang Bersama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang yang telah ditunda telah diputuskan untuk makluman orang ramai.

Program Pertandingan Menembak Piala TYT 2010 yang bakal berlangsung pada hari Sabtu 27 Nov 2010 dari jam 8.30 pagi sehingga jam 1.30 tengahari di Kelab Menembak Pulau Pinang, Jalan Air Terjun telah ditunda dari hari Sabtu, 27 Nov, ke hari Khamis, 16 Dis.

Program “Penang Beach Carnival 2010” yang bakal berlangsung pada hari Ahad, 28 Nov 2010 dari jam 7 pagi sehingga jam 11.00 malam di persisiran pantai Golden Sands Resort, Batu Ferringi serta program “Penang Line Dance Carnival” yang bakal berlangsung dari jam 6 petang hingga 11 malam di Autocity Juru pada hari Ahad, 28 Nov telah ditunda ke hari Sabtu, 18 Dis.

Selain tundaan tarikh, ketiga-tiga program tersebut akan berlangsung mengikut jadual masa dan lokasi yang telah ditetapkan.

Program-program tersebut telah ditunda untuk menghormati dan mengingati mendiang bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Amat Berbahagia Tun Dr Lim Chong Eu yang telah meninggal dunia di rumahnya pada hari Khamis [24 Nov 2010] kata EXCO Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Yang Berhormat Puan Lydia Ong Kok Fooi.

“Segala kesulitan yang timbul amat dikesali dan kami berharap agar orang ramai akan tetap memberikan sokongan padu dengan menghadiri program-program komuniti yang ditunda tersebut di ketetapan tarikh yang baru,” katanya.

Untuk maklumat lebih lanjut lagi, sila hubungi Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang di talian 04 – 657 3715.


Disediakan oleh:

Unit Perhubungan Awam

Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

1 comment:

Search This Blog